Overview Products About Reviews

Eastern & Oriental Hotel, Penang

3 Reviews

Products


No product available

About

CLOSED

Sunday AM - PM

Phone Number

+60 4-222 2000

Address

10, Lebuh Farquhar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Reviews

Hong

2 years ago

Rated

4.0

Recommend Victory Annexe rooms with balconies and stunning views over the ocean.

Lynn Sum

2 years ago

Rated

5.0

The best hotel to stay in Georgetown... by a long way. Recommend Victory Annexe rooms with balconies and stunning views over the ocean.

EvaLee92

3 years ago

Rated

5.0

Full Review Pengalaman Menginap di Eastern & Oriental Hotel , Penang Hotel ini terletak di lebuh Farquhar, Georgetown. Kalau korang biasa pergi makan di Padang Kota Lama, mesti korang pernah lalu hotel ni. Dari luar, hotel ni nampak hampir sama sahaja seperti bangunan colonial yang lain. Tapi, bila melangkah masuk ke lobi, korang akan terasa seperti berada di dalam set pengambaran filem titanic. Daripada pemilihan perabot, chandeliers, hiasan dalaman, semuanya serba serbi klasik. Waktu check in di hotel ini adalah pada jam 3 petang. Kalau sampai awal, korang boleh lah mencuba nasib untuk bertanya samaada bilik yang ditempah tu dah siap atau pun tidak. Proses check in agak pantas. Staff juga sangat friendly. Selesai urusan check in, staff yang membantu urusan check in tadi, membawa saya dan rakan menuju ke bilik yang ditempah. Untuk penginapan kali ini, saya memilih untuk menginap di bilik jenis Superior Suite Twin yang terletak di Heritage Wing. Harga untuk bilik ini adalah RM400 (termasuk service charge). Selain daripada Superior Suite, terdapat pelbagai jenis suite yang lain yang lebih wow. Harga bilik berbeza mengikut jenis bilik. Bilik yang paling mahal mencecah RM2800 untuk satu malam. Saat melangkah masuk ke bilik hotel, saya agak terpukau dengan keindahan laut yang membiru. Kedudukan bilik ini betul-betul berhadapan dengan laut. Didalam bilik ini terdapat panel yang membahagikan ruang untuk berehat dan ruang untuk tidur. Manakala, bilik air pula terletak di bilik tidur. Kombinasi warna hitam dan putih menaikkan lagi perasaan nostalgik. Keadaan bilik kemas, bersih dan paling penting, aircond sejuk! Hehe.. Minibar lengkap dengan pelbagai jenis carbonated drinks. Air mineral juga turut disediakan secara percuma. Untuk penggemar kopi, korang pasti teruja apabila melihat Nespresso machine turut disediakan disini. Toiletries yang lengkap turut disediakan. Siap ada loofah sponge lagi untuk yang nak bersiram di bath tub. Walaupun carpet hanya diletakkan di sebahagian bilik, namun pihak hotel turut menyediakan selipar hotel yang agak tebal. Jadi, takde lah kaki korang sejuk pijak lantai bilik. Di bilik ini juga turut disediakan bell untuk memanggil butler. Jadi, sekiranya korang memerlukan sebarang bantuan, boleh lah panggil butler. Ataupun, nak lebih mudah, korang juga boleh call terus ke bahagian reception. Fasiliti lain seperti gym, infinity pool, parking space, cafe, ballroom dan bermacam-macam lagi turut tersedia. Kalau korang rajin, korang boleh la jalan-jalan explore kawasan hotel ni. Disebabkan malas nak keluar daripada hotel, saya telah menempah dining in room service. Dimana, saya menempah nasi goreng (biasalah tekak melayu cari nasi 😂) dan juga Australian Black Angus Rib Eye. Nasi goreng sedap, steak pula teramat sedap sampai tak terkata. Ini merupakan antara steak yang paling sedap yang saya pernah makan. Daging steak juicy, melt in mouth. Tak perlu struggle untuk memotong daging. Memang sangat lembut! Makanan yang dihidang semasa breakfast pun sedap. Ada banyak choice yang korang boleh pilih. The best part is korang boleh pilih untuk breakfast di bahagian luar cafe, menghadap pemandangan matahari terbit. Overall, dari segi servis, makanan, fasiliti, lokasi dan ambien... semuanya tip top. Saya bagi 5 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Kalau berpeluang untuk kembali ke sini, saya plan untuk menginap di Victory Annexe Wing pula. Bangunan ini merupakan extended building yang dibuka pada tahun 2013. Room tour >> shorturl.at/gtzKQ Instagram: @ayuhasman

More Merchant to Discover

Restaurant

Lifestyle

Shopping

Point of Interest

Hotel